Followers

Monday, June 25, 2012

Dejavu Di Kinabalu

Wah aku sudah angau sama ini drama....
Sudah angau sama Ammar (Aqasha).

Best lah drama ni.....jalan cerita menarik, hero menarik, lagu menarik.
So now aku tengah minat lagu tema drama ni which is lagu Butterfly by Melly Goeslaw.

Cerita ni katanya tiru drama Korea Summer Scent?
Xkesah le tu yang pasti drama ni menarik.
Ada gak tiru tapi tak menarik.
Ada gak tak tiru tapi tak menarik gak, so kira okle tu drama ni.

Yang buat lagi bestnya drama ni is tunang
heroin Nadira (Tizz) baik orangnya,
caring lagi,
so kira takde cacat cela le.
Kalau jahat tu, senang cer sikit kan,
ni dah le baik...so kesian pun ada wpun me dah angau ngan Ammar sama macam Nadira le...huhuhu....
So nak tengok apa jadi kat hubungan diorang, diorang putus tak akhirnya, kalau putus, camne tu nak putus ngan laki baik camtu.

Cerita ni rasanya takde orang jahat sangat,
kalau ada pun Yusma (Rebecca) tp since dia kakak Nadira,
so tak rasa le dia akan jahat sangat kot terhadap Nadira, etc.

Bila tengok drama ni which is right after Sakura habis, baru sedar yang Sakura tu idakle best sangat, wakakkaa.

Tp yg herannya wpun aku angau drama ni xde lak rasa nak terkejar2 balik tengok.  Rilek aje tengok kat tonton.  Nape ye?  Sebab baru ada Ipad, rasa selesa tengok ngan Ipad?  Emm takto nak cakap sebab apa hehehehe......



Lirik Lagu Melly Goeslaw feat. Andhika Pratama – Butterfly


Ketika waktu mendatangkan cinta

Aku putuskan memilih dirimu

Setitik rasa itu menetes

Dan semakin parah


Bisa ku rasa getar jantungmu

Mencintaiku apa lagi aku

Jadikanlah diriku

Pilihan terakhir hatimu


reff:

Butterfly terbanglah tinggi

Setinggi anganku untuk meraihmu

Memeluk batinmu yang sempat kacau

Karna merindu



Butterfly fly away so high

As high as hopes I pray

To come and reach for you

Rescuing your soul

that previous messed up false me and you


Jalan ini jauh

Namun kita tempuh

Bagai bumi ini

Hanya milik berdua


Biar ku berlebihan

Mendekatimu

Namun ku tunggu

repeat reff


Sunday, June 17, 2012

Desperate Housewifes

Ni favourite drama aku gak ni.  Aku akan cuba follow tapi time tayangan dia time aku selalu kritikal tertido-tido depan TV tp layan aje le yg semampu hehehe....selalu aku try follow hari selasa kat tv8, and also hari rabu to jumaat kat 711, ada ke waktu yg aku tertinggal, tu aje waktu yg aku sedar ada DH le ... tp camne pun aku rasa aku quite up-to-date gak le ngan drama ni.  Now dah season finale dah.  Hari tu boring2 takde keje kat ofis termasuk le sekarang, aku gi le youtube google "DH Season 8 Finale", ada le tengok sikit-sikit video pendek2 so lebey kurang tahu le gak camne cerita ni jadi nanti.

Aku suka tengok cerita ni sebab macam Shopaholics le kadang kelakar bila tengok ada aje idea jahat/nakal diorang ni bila nak sesuatu.  And kata-kata setiap kali nak habis episod tu cam best le.  And lagi setiap orang tu ada karakter diorang masing-masing.
And bila follow kita follow camne satu watak/family tu berkembang/menua.

Actually at the moment, tu satu-satu aje drama English yg aku follow.
Ramai kata aku ratu drama Melayu...hehehe...tp sbnrnya aku memang suka tengok drama...hehehhe...
Bermula dari darjah 5, petang2 aku dah start follow drama Cina hehehe...ingat lagi masa tu Police Cadet, masa tu suka tengok Tony Leung tu...
Pastu masa sekolah menengah dah masuk asrama pun dok layan lagi cerita cina petang2....ingat lagi antara yang popular di kalangan budak sekolah aku masa tu drama Breaking Point (gila kat Leon Lai Meng masa tu) & The Drifters.

Then bila aku buat degree kat Jepang, aku layan drama Jepang lak.  Tiap2 malam mesti ada aje drama aku layan...kadang2 more than 1.  Pastu aku suka lagu based on drama le macam sekarang gak le.

Pastu bila dah balik Malaysia, now drama Melayu le....English ntah le DH aje le, tp aku rasa kalo aku try tengok yg lain actually akan ada yang sangkut tp malas hahahahaha......tp now dah malas dah nak layan drama Cina ke Korea ke Japan ke.

Kalo nak layan video DH Season 8 Finale last scene yg aku terjumpak kat youtube, click kat link bawah ni.  Hehehehe...


http://youtu.be/f3nhLlLK8Jc

Thursday, June 14, 2012

Chow Kit

Huhuhu dah lama dah aku tengok wayang cite ni tp baru sekarang update..hehehe...
Cerita ni bila kuar aje iklan dia memang teringin nak tengok, macam xmenyempat pun ada, sebab apa,
sebab nampak macam best and sebab apa lagi,
sebab ada Beto.

Tp emm rupanya tak best cerita ni.
Kira nak kata tak ada isi pun leh gak la.
Takto apa motifnya cerita ni, apa klimaksnya, macam tak ada arah tujuan.
Emm... :(

Next filem teringin nak tengok
Jiwa Taiko (salah satu sebab, sebab ada Remy le, tapi taktole kot2 last jadi cam cite Chow Kit ni gak, takde arah tujuan)
and Aku, Kau dan Dia (sebab ada Remy and pernah tengok preview macam best, tp director dia Pierre, emm best ke?)

Wednesday, June 13, 2012

Masterchef Selebriti Malaysia

Ni my favourite tv program now.
Seronok pulak tengok telatah sorang-sorang.
Diorang tak ada lah macam nak berentap sangat sesama sendiri, macam kerjasama aje, support each other.
Kadang siap tolong-tolong lagi.

So far tak tahu le siapa yang bakal menang...
Setakat post ni ditulis yang dah terkeluar is Dr. Faiz, Salamiah Hassan, Siti Sarah, Serena & Louisa Chong.


Fazley tu nampak macam terror gak - gentleman aje takde nak gaduh2 and beralah saje takde nak rebut2.
Soo Winci nampak pandai bab2 hiasan, kadang2 tengok nampak le lawanya, no wonder jd Miss Malaysia
Thanuja - jenis happy go lucky and cantik gak, dia rapat ngan Angah, so diorang dok usik2 depa berdua
Angah - bey tahan pandai masak gak dia ni
Azwan - dengan bulu-bulu dia tu bagai, pastu mulut....kecoh aa tapi boleh tengok juga le bak kata Fazley, kalau diberi arahan dia ikut....kira OK le gak dia cuma kecoh aje, so far gaduh pun gaduh main-main aje saje bikin kecoh.  Kadang comey gak tengok gaya dia tu..hehehe...
Farouk - dia and Azwan diorang dah cop kuat gaduh sesama sendiri tapi nampak le macam main2 aje, tak serious, dia ni kadang ngada-ngada gak gaya dia.
Tomok - dia ni macam lemah gak sebenarnya, tapi rasa tunggu waktu aje tu nak keluar, tapi dia cam baik-baik aje dalam ni and muka tu kadang kesian aje tengok. :D
Juliza Adlizan - dia ni katanya terror masak kan, ada buku masak semua tapi so far tak pernah menang lagi cabarang individu, agaknya kalau masak2 biasa di dapur utk jamu ramai2 dia terror kot tapi kalo utk bagi kelainan sikit kureng kot.  Macam cabaran piknik hari tu dengarnya nasik lemak n sambal dia sedap...aa kalo cam2 gitu terror le dia kot.
Raja Azmi - pun macam Azwan gak, bila dalam Masterchef ni kita boleh nampak le gak other side of her, mula2 dia ni cam berlagak2 over confident sikit, lepas dah terkena dia dah macam tak over confident dah, tapi nampak dia ni emo le, cam manja-manja aje mudah nangis aje, mesti selalu Jailani nak kena pujuk ni hehehehe.....
Jehan Miskin - suka tengok dia dalam Masterchef, gaya santai camtu nampak hensem le...dia pun ok jugak le nampak bersungguh-sungguh, dengarnya dia memang pergi belajar masak untuk Masterchef ni...bagus2 kira ada usaha le.
Karl Shafeq - dia ni mulut boleh tahan, kalau kena interview tu pot pet pot pet....

Ada sesiapa ke aku tertinggal?  Hhehehe...rasa macam takde, kalau ada tu nasib le heheheh........

Monday, June 11, 2012

Seindah Sakura

Aku rasa untuk musim ni drama yang paling aku suka drama ni lah.

Tp hero dia tu hensem memang le hensem tp character dia tu nyampah sikit.
Kalo orang input aje apa2 negative pasal Kira kat dia, dia percaya aje, takde nak selidik2 dulu,
so gerem le gerem.

Anyway Wan Sharmila nampak muda le....sesuai lagi jadi budak2 sekolah menengah.
Fasha Sandha ok lar jd budak sekolah, takde le tak sesuai sangat macam Awie & Erra jadi budak sekolah dalam Sembilu dulu.
Hehehhee...........

Kalau aku jd Kira ni aku ok aje dengan Pakcik tu, aku terima dengan baik, layan elok-elok, satu dah le Pakcik tu banyak jasa kat dia, pastu baik lak tu, kaya lak tu, pastu muka pun kira OK le....tp maybe sebab aku 30an kot so leh le terima umur macam Pakcik tu, Kira dalam ni baru 18-19 gitu, so dia rasa ketuaannya kot, so xleh terima le...hehehe...

OST drama ni pun OK best gak; Buat Ku Di Sana (Mafa feat Ronnie) dengan Harapan (Hyper Act):





sama aje video kat atas ni cuma lagu lain2 hehehe...





Wednesday, June 6, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo

Ish lamanya tak update blog.
Tiada alasan lain yang sesuai selain malas.
Hahahaha......

Ok le, hari ni update satu le.

Ni lagu ni, aku suka gila.  Ni sambil update blog ni sambil dengar lagu ni le.
Lagu ni lagu tema drama Ameera tp so far belum rasa suka lagi le drama tu, cuma lagu ni before drama Ameera keluar lagi dah suka, bila dengar dekat radio, dok terfikir, sedap lagu ni, siapa nyanyi yek, ada part tu macam Awie suara dia, tp satu part aje le, pastu bila dengar lagu ni kat radio, cuba nak dengar kot DJ bagitau tajuk lagu ni ke apa, last2 dapat gak.

Later after that baru tahu yang lagu ni Edry yang buat, hebat Edry.
Pastu baru tahu gak yang Edry pun salah seorang team member kumpulan Mojo ni.



Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo


Kini kau tiada

Senafas pun ku perlu mencuba

Kau bawa pergi

Sebahagian dari jiwa raga


Bersendiri hidup umpama hilang erti

Bagaimanakah meneruskan hayat ini?


Chorus

Andai ku bercinta lagi

Suatu hari nanti

Tunjukkan di mana

Ruang hati untuknya

Yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka

Ku perlu pejamkan mata

Dan memaksa lafaz cinta

Dengan bayangmu di minda


Tiada pengganti bisa hadir

Dan mampu menyembuh

Rawan di hati meleraikan

Semangatku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih

Berapa lama lagi harus ku merintih?


(Ulang korus)

Malam tidak berpurnama

Fajar tiada kejora

Aku hilang di dalam gelita kalbu

Tanpa dirimu asaku mati

(Ulang korus)
Andai ku bercinta lagi