Followers

Tuesday, March 29, 2011

....dalam botol

aku dah nengok dah movie ".....dalam botol" ni.

teringin nak tengok sebab tengok thriller dia cam menarik laks.

emm ok lar ceritanya
since kisah benar so menarik le gak rasa.

dia semua pakai kamera yg pegang pakai tangan aje tu,
ala2 macam film pendek approach dia.
tp sebab style camtu, filem ni ada gak le nampak cam suram sikit, and silap2 leh buat orang bosan n ngantuk aa.

sure modal utk film ni rendah punya.
pelakon lelaki utama pun pelakon2 baru yg sure lah bayaran dia rendahkan banding ngan pelakon popular...rasanya dalam 500 ribu aje kot budget dia? wah pandai2 aje aku.
hehehehe..........

anyway ok lar cerita dia, idakle rasa rugi beli tiket tengok pun.

and at the end, ada le kata2 dari orang sebenarnya yang menunjukkan dia menyesal sangatlah dengan apa yang dia dah buat...antara kata-katanya


"sungguh sejak saat itu setiap pagi nafas ku berlagu kesal"

"wangian yang ku hidu berbau kesal"

"kini hanya penyesalan tak berkesudahan menjadi teman hidupku"


so just wonder laki mana kah itu yg berkeliaran di malaysia ni....tp tak punya anu tu....hehehe....
wonder tak affect kesihatan dia ke yek? emm....
ntah2 tak panjang umur dia yek? emm...taktole.....

dalam cerita tu hero tu cakap kat heroin tu yang dia ada banyak kelemahan, heroin tu pun cakap dia pun sama, hero tu tak cakap apa kelemahan dia tp just tanya heroin tu boleh terima tak dia banyak kelemahan. So moral of the story tanya lain kali kelemahan apa tu, jangan main cakap saya terima aje...wakkakaka.....tp kalo aku jadi heroin tu pun tak terfikir dek akal ku yang tu kelemahan dia..hehehe...

ni aku letak thriller dia, layanzz...zasss.....


Sunday, March 27, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Hari tu aku p nonton hikayat merong mahawangsa ni.
Dia kuar Khamis,
Jumaat besoknya aku p tengok, malam.
Sampai2 memang diorang cakap tiket dah habis, sib baik aku dah beli siap2, kira laku gak le tiket merong ni.

Emm pendapat peribadi aku,
aku rasa film ni not up to my expectation,
so aku macam nak bagi 3 bintang ajek,
tp ada gak kawan2 aku cakap maybe aku ni yang high expectation,
emm ye ke?

Pada aku jalan cerita dia tu boleh diimprovekan lagi.
Wah aku cakap macam aku ni pandai buat filem ajek.
Hehehhe....

Tp still respect aa diorang leh produce film camtu.

Tapi apa-apa pun aku memang respect habis kat adik beradik KRU 3 orang ni.
Tengok camne diorang bina empayar diorang daripada budak rappers aje.
Respect sangat!!

Thursday, March 10, 2011

Bandung Selasih


Ni le air bandung yg aku suka dulu2...kalo taruh selasih laaagi aku suka.
And sebenarnya sekarang pun kadang2 aku minum gak air ni.....masih lagi suka lar...tak pernah benci...wakaka....

Jus Alvocado

Aku suka jus alvocado, aku suka tu macam kalo gi restoran tu ada jus alvocado ni aku tak fikir panjang dah aku akan terus order jus ni.
Macam kecik2 dulu le aku suka air bandung, sampai bapak aku cakap, anak aku ni bawak le gi mana pun mesti order bandung. :D

Jus alvocado ni kalo gi restoran indon/minang, dia taruh cokelat skit...tu best tu.

Tp kalo gi restoran arab, dia memang purely alvocado tu aje, ok2 gak tp suka like indon style.
And one more thing actually aku suka gak masakan indon/minang ni.

So ni gambo just alvocado yg boleh didapati di kebanyakan restoran minang.

Layannnzz.............

Ice Room


Korang tahu tak ada restoren nama Ice Room?
Kaler hijau.
Aku tau kat Nilai Square ada, kat B.B.Bangi ada...and aku rasa kat situ aje kot ada?
Tak pasti lak yg tu tp aku belum pernah nampak lagi kat area KL ni ada.

So far aku dah pernah pergi 3x.
And 3-3 x gak aku try aiskrim durian.
Hehehhe....
And first time tu member aku try aiskrim mango.
Sedap aa....

Oh ye kedai ni main dia aiskrim ni le tp dia ada gak le makanan2 berat macam nasik, fish n chips, etc. Kira kalo nak lunch sekali pun leh gak lar.

Ok ni gambo aiskrim yg aku makan...layansszz....

Tuesday, March 1, 2011

Kehilangan - Firman

Lagu ni lagu tema cerekarama Sabtu lepas, cerekarama tu tajuk "Mesej Terakhir",
drama tu mula2 nampak macam menarik...tp bila dah habis tu....rasanya idakle menarik mana.
Anyway lagu tema dia sedap.
Dia mcm sedap tp tak sedap,
macam tak sedap tp sedap.
Sebabnya melodi sedap tp penyanyi dia memang nyanyi ikut sukati dia ajek.
Ada satu part tu macam sumbang skit pun ada...tp aku suka le lagu ni.

Lepas habis drama, aku tunggu le nak tengok lagu apa coz selalunya diorang ada tulis,
tp rasa diorang mcm tak tulis ajek, takto kot aku terlepas.
Tp cam besa le aku ada sumber yang insyaallah takkan menghampakan le kalo bab2 nak suh cari mp3 lagu ke apa2 le yg berkaitan dengan hiburan tanah air.
Maka berjaya le jugak jumpa lagu ni.
Cayaklah sumber aku tu!!! Tabik sama lu!!

Anyway layan lagu ni...........

Nur Kasih the Movie

Aku look forward movie nie!! 19May2011 dengarnya nak keluar.
Layanss.......