Followers

Tuesday, November 5, 2013

Love U Mr Arrogant

Emm lama gila aku x update blog....setahun ada nih...hu3..... Tiba2 hari ni pree lak takde keroje... Takde bisnes online...kalo tak leh le update apa patut... Tingin gak nak bisnes online tapi takto nak bisnes apa.........plus segan2 hehehehe... Okle, since tengah pree ni, nak update le sikit pasal drama favourite aku sekarang...and jugak favourite ramai kat luar sana nun... "Love U Mr Arrogant", aku punya le dah syok kat drama ni sampai novel dia pun aku beli.
Baca le novel tu cuba nak catch up sampai sama ngan drama...lepas tu try nak bagi 1 chapter advance from drama...paih tu tak tahan.....baca bagi habis le...so kira aku dah tau le ending dia camne nih. Keh keh keh. Suka lakonan diorang semua dalam drama ni esp the hero & heroin, nampak bersahaja tak nampak macam berlakon. Azlee Khairi semakin hensem and the heroin Zara Zya suka tengok dia pakai tudung..... sambil tengok drama dok kaji camne dia lilit tudung dia tu hehehehe.....tak reti aa lilit2 tudung camtu. Anyway jom layan klip drama ni bersama ngan lagu tema dia Tetap Menantimu by Nomad...Zaaassss.....

Monday, November 19, 2012

Istanbul Aku Datang

Aku tengok movie ni on the first day dia start tayang, malam tu lepas kerja.

Memang best movie ni.
And memang ada le rasa nak tengok lagi sekali.

Dah le dah tak tengok movie yang bila keluar rasa macam best!
Selalu mesti rasa macam Okle, takde le rasa rugi beli tiket gitu.

Cerita ni fresh.  Jalan cerita yang menarik.
Dengan muka-muka yg fresh.
Shot-shot yang cantik.
Rasa nak gi Instanbul pun ada bila tengok cerita ni.
Lisa pun cute dalam cerita ni, sesuai le dia dengan watak dalam cerita ni,
so terasa macam Lisa punya best's film kot cerita ni.



Monday, October 15, 2012

Untuk 3 Hari

Lamanya aku tak update blog ni, alasan of course tiada lain, malas, ada gak fikir2 nak tutup terus sbb bkn ada orang tau pun blog ni, huhuhu tp hari ni macam rajin sikit, so update aje le.

Hari tu aku p tengok wayang cite ni.  Emm oklah, idak le rasa rugi p tengok wayang.  Cuma macam tengok pelakon-pelakon kertu le.  Heheheh...bukannya pelakon-pelakon kertu ni dah tak boleh berlakun tp biarlah sesuai dengan watak dan umur.  Macam ni Shidee berlakon jadi umur 30 emm leh lagi ke Shidee berlakon jadi umur 30?  Macam xleh aje hehehe..... Kalo diorang berlakon jadi umur sebenar tp kira macam bujang telajak ke leh terima lagi le hehehe.

Rasanya cerita ni kalo amik pelakon2 yg lebih muda berlakon lagi menarik kot.
Hehehehhe...........
Lagi aku perasan Afdlin minat gak amik Vanida berlakon jadi partner dia.

Oh rupanya filem ni adaptasi from novel Untuk 3 Hari by Ahadiat Akasha yek, tak pernah tahu pun novel ni, tebal.  Aku xminat sangat novel2 beliau (tak ingat masa remaja dulu aku minat ke tak novel beliau), so malas le nak beli ke apa.

Layans.............





Wednesday, July 18, 2012

Aku, Kau & Dia

Hari tu aku beli cerita ni kat astro first sbb nak tengok wayang tak sempat.

Emm boleh layan le jugak cerita ni.....takde le rasa rugi pun beli astro first.
And mampu ulang2 jugak lah cerita ni.
Syabas betty buat Pierre Andre.

Apa lagi nak cakap yek.
Actually aku confuse ngan suara heroin ni, lenggok suara ngan suara macam suara Lisa Surihani,
kot2 le pakai suara Lisa kan.
Tapi adik aku kata suara heroin ni lembut lagi.

Remy banyak toye dalam cerita ni.
Hhehehehe....
Kurus, bertopi.
Pastu Pierre suruh lak dia korek2 hidung le, pegang2 ketiak, then bau ketiak le.
Hhehehehe..........

Tp ada le scene yg Remy nampak hensem.  Salah satunya scene yang dia dari seberang sana nak lintas jalan ke arah heroin.  Then kena langgar.

Cerita ni salah satu pengajaran yang leh kita amik is bila nak lintas jalan hati2....hehehe...

Lagu ni banyak pakai lagu Pendam - Shahir & lagu Dejavu - Shila Amzah.

Cite ni romantik poyo le heheheh, biasa lah Pierre nye romantik kan....aaa ada satu scene tu Remy berjalan ke arah piano, masa tu aku terasa macam jelmaan Pierre lak sebab rasa macam pernah nampak kat filem lain Pierre jalan camtu dengan muka camtu...hehehe...ye le dah pengarahnya Pierre kan.

Apa-apa pun 3.5 bintang ku beri ke filem ni...heehe...

Jom layan lagu Dejavu - Shila Amzah ni.




Lirik Lagu Shila Amzah – Déjà Vu (Lagu Tema Filem Aku, Kau & Dia )


Aku bukan lemah tanpa cinta

Hanya tidak mampu sendiri tanpanya

Biarkan aku menangis kerna derita


Dia hadir mengubatkan rindu

Mengajarkan aku erti cinta

Namun semua tidak seindah ku sangka


( Chorus )

Dialah yang aku inginkan

Dia cinta yang kudambakan

Namun semua hanya tinggal mimpi

Terpisahnya cinta



Aku harus melupakannya

Aku harus memadam rasa

Namun hati tidak pernah mampu

Melepas kau pergi

( Ulang chorus )


Setelah sedar dari mimpi

Harus ku terus hidup tanpamu

Kini ku pasrah segalanya

Tentang cinta



Lagu : Sharon Paul

Lirik : Imillya Irwani



Tuesday, July 10, 2012

Dejavu Di Kinabalu 2

Ni antara favourite scene aku dalam dejavu ni.
Suka tengok gaya cool aqasha, rambut dia...
Lagu pun sesuai ngan scene...lagu butterfly dilajukan.....



Lagu ni pun antara lagu dalam dejavu, sedap gak...




Adeef - Sang Rasa

Izinkan aku memberi petuh cinta

Bagi semua yang dilanda asmara membara
Mulut dan hati selalu bicara beda
Selalu

Izinkan aku bicara apa adanya
Bahwa cinta pasti kalah oleh rasa di dada
Yang terpenting dari semua yang ada hanyalah
Rasa

Reff :

Bila rasa itu ada pasti akan abadi
Sampai hati rasa itu ikut
Rasa di hati bisa dusta dan di dustai
Percayalah kepada sang rasa








Monday, June 25, 2012

Dejavu Di Kinabalu

Wah aku sudah angau sama ini drama....
Sudah angau sama Ammar (Aqasha).

Best lah drama ni.....jalan cerita menarik, hero menarik, lagu menarik.
So now aku tengah minat lagu tema drama ni which is lagu Butterfly by Melly Goeslaw.

Cerita ni katanya tiru drama Korea Summer Scent?
Xkesah le tu yang pasti drama ni menarik.
Ada gak tiru tapi tak menarik.
Ada gak tak tiru tapi tak menarik gak, so kira okle tu drama ni.

Yang buat lagi bestnya drama ni is tunang
heroin Nadira (Tizz) baik orangnya,
caring lagi,
so kira takde cacat cela le.
Kalau jahat tu, senang cer sikit kan,
ni dah le baik...so kesian pun ada wpun me dah angau ngan Ammar sama macam Nadira le...huhuhu....
So nak tengok apa jadi kat hubungan diorang, diorang putus tak akhirnya, kalau putus, camne tu nak putus ngan laki baik camtu.

Cerita ni rasanya takde orang jahat sangat,
kalau ada pun Yusma (Rebecca) tp since dia kakak Nadira,
so tak rasa le dia akan jahat sangat kot terhadap Nadira, etc.

Bila tengok drama ni which is right after Sakura habis, baru sedar yang Sakura tu idakle best sangat, wakakkaa.

Tp yg herannya wpun aku angau drama ni xde lak rasa nak terkejar2 balik tengok.  Rilek aje tengok kat tonton.  Nape ye?  Sebab baru ada Ipad, rasa selesa tengok ngan Ipad?  Emm takto nak cakap sebab apa hehehehe......



Lirik Lagu Melly Goeslaw feat. Andhika Pratama – Butterfly


Ketika waktu mendatangkan cinta

Aku putuskan memilih dirimu

Setitik rasa itu menetes

Dan semakin parah


Bisa ku rasa getar jantungmu

Mencintaiku apa lagi aku

Jadikanlah diriku

Pilihan terakhir hatimu


reff:

Butterfly terbanglah tinggi

Setinggi anganku untuk meraihmu

Memeluk batinmu yang sempat kacau

Karna merindu



Butterfly fly away so high

As high as hopes I pray

To come and reach for you

Rescuing your soul

that previous messed up false me and you


Jalan ini jauh

Namun kita tempuh

Bagai bumi ini

Hanya milik berdua


Biar ku berlebihan

Mendekatimu

Namun ku tunggu

repeat reff


Sunday, June 17, 2012

Desperate Housewifes

Ni favourite drama aku gak ni.  Aku akan cuba follow tapi time tayangan dia time aku selalu kritikal tertido-tido depan TV tp layan aje le yg semampu hehehe....selalu aku try follow hari selasa kat tv8, and also hari rabu to jumaat kat 711, ada ke waktu yg aku tertinggal, tu aje waktu yg aku sedar ada DH le ... tp camne pun aku rasa aku quite up-to-date gak le ngan drama ni.  Now dah season finale dah.  Hari tu boring2 takde keje kat ofis termasuk le sekarang, aku gi le youtube google "DH Season 8 Finale", ada le tengok sikit-sikit video pendek2 so lebey kurang tahu le gak camne cerita ni jadi nanti.

Aku suka tengok cerita ni sebab macam Shopaholics le kadang kelakar bila tengok ada aje idea jahat/nakal diorang ni bila nak sesuatu.  And kata-kata setiap kali nak habis episod tu cam best le.  And lagi setiap orang tu ada karakter diorang masing-masing.
And bila follow kita follow camne satu watak/family tu berkembang/menua.

Actually at the moment, tu satu-satu aje drama English yg aku follow.
Ramai kata aku ratu drama Melayu...hehehe...tp sbnrnya aku memang suka tengok drama...hehehhe...
Bermula dari darjah 5, petang2 aku dah start follow drama Cina hehehe...ingat lagi masa tu Police Cadet, masa tu suka tengok Tony Leung tu...
Pastu masa sekolah menengah dah masuk asrama pun dok layan lagi cerita cina petang2....ingat lagi antara yang popular di kalangan budak sekolah aku masa tu drama Breaking Point (gila kat Leon Lai Meng masa tu) & The Drifters.

Then bila aku buat degree kat Jepang, aku layan drama Jepang lak.  Tiap2 malam mesti ada aje drama aku layan...kadang2 more than 1.  Pastu aku suka lagu based on drama le macam sekarang gak le.

Pastu bila dah balik Malaysia, now drama Melayu le....English ntah le DH aje le, tp aku rasa kalo aku try tengok yg lain actually akan ada yang sangkut tp malas hahahahaha......tp now dah malas dah nak layan drama Cina ke Korea ke Japan ke.

Kalo nak layan video DH Season 8 Finale last scene yg aku terjumpak kat youtube, click kat link bawah ni.  Hehehehe...


http://youtu.be/f3nhLlLK8Jc