Followers

Showing posts with label DRAMA. Show all posts
Showing posts with label DRAMA. Show all posts

Friday, April 24, 2020

itaewon class

Masa pkp ni aku layan drama ni

To me drama ni best
Inspiring
Semangat
Ajar kita jangan mudah putus asa walau apa musibah yang melanda kita.

Clap clap pada yang punya idea untuk line story cerita ni.

Cerita pasal dendam antara 2 pihak whereby diorg cuba untuk compete each other dalam bisnes
Sama2 buat bisnes food/pub

Masing2 actually ada ego
karisma cuma pihak jangga co tu banyak main kotor la

Tp fikir lawak jugak wpun jangga co dalam cerita ni dah established 
Tetap dia amik kisah jugak pasal perkembangan pub kecik dambam tu.

Pasal percintaan ada diselitkan tapi bukan main la sbb main plot dia adalah how those 2 enemies compete each other.

Aku suka character minah ni 
Nama watak dia Yi Seo dalam cerita ni.
Yi Seo dlm cerita ni smart orangnya
And xmudah mengalah dan dibuli
Dia akan pertahankan kalau dia rasa dia betul
And akan cuba dapatkan apa yg dia nak

Aku ckp ngan anak aku jd macam minah ni.

Dalam cerita ni hero (nama watak Saeroyi) actually minat kawan dari sekolah dia Soo Ah and at the same time Yi Seo minat hero.

To me aku nampak Yi Seo lagi berusaha la sbnrnya
Tp Soo Ah pun baik and ada peranannya.
And setia menunggu


Lagi satu aku suka mekap dalam cerita ni...proses penuaan tu nampak real smooth and natural

Tuesday, November 5, 2013

Love U Mr Arrogant

Emm lama gila aku x update blog....setahun ada nih...hu3..... Tiba2 hari ni pree lak takde keroje... Takde bisnes online...kalo tak leh le update apa patut... Tingin gak nak bisnes online tapi takto nak bisnes apa.........plus segan2 hehehehe... Okle, since tengah pree ni, nak update le sikit pasal drama favourite aku sekarang...and jugak favourite ramai kat luar sana nun... "Love U Mr Arrogant", aku punya le dah syok kat drama ni sampai novel dia pun aku beli.
Baca le novel tu cuba nak catch up sampai sama ngan drama...lepas tu try nak bagi 1 chapter advance from drama...paih tu tak tahan.....baca bagi habis le...so kira aku dah tau le ending dia camne nih. Keh keh keh. Suka lakonan diorang semua dalam drama ni esp the hero & heroin, nampak bersahaja tak nampak macam berlakon. Azlee Khairi semakin hensem and the heroin Zara Zya suka tengok dia pakai tudung..... sambil tengok drama dok kaji camne dia lilit tudung dia tu hehehehe.....tak reti aa lilit2 tudung camtu. Anyway jom layan klip drama ni bersama ngan lagu tema dia Tetap Menantimu by Nomad...Zaaassss.....

Monday, June 25, 2012

Dejavu Di Kinabalu

Wah aku sudah angau sama ini drama....
Sudah angau sama Ammar (Aqasha).

Best lah drama ni.....jalan cerita menarik, hero menarik, lagu menarik.
So now aku tengah minat lagu tema drama ni which is lagu Butterfly by Melly Goeslaw.

Cerita ni katanya tiru drama Korea Summer Scent?
Xkesah le tu yang pasti drama ni menarik.
Ada gak tiru tapi tak menarik.
Ada gak tak tiru tapi tak menarik gak, so kira okle tu drama ni.

Yang buat lagi bestnya drama ni is tunang
heroin Nadira (Tizz) baik orangnya,
caring lagi,
so kira takde cacat cela le.
Kalau jahat tu, senang cer sikit kan,
ni dah le baik...so kesian pun ada wpun me dah angau ngan Ammar sama macam Nadira le...huhuhu....
So nak tengok apa jadi kat hubungan diorang, diorang putus tak akhirnya, kalau putus, camne tu nak putus ngan laki baik camtu.

Cerita ni rasanya takde orang jahat sangat,
kalau ada pun Yusma (Rebecca) tp since dia kakak Nadira,
so tak rasa le dia akan jahat sangat kot terhadap Nadira, etc.

Bila tengok drama ni which is right after Sakura habis, baru sedar yang Sakura tu idakle best sangat, wakakkaa.

Tp yg herannya wpun aku angau drama ni xde lak rasa nak terkejar2 balik tengok.  Rilek aje tengok kat tonton.  Nape ye?  Sebab baru ada Ipad, rasa selesa tengok ngan Ipad?  Emm takto nak cakap sebab apa hehehehe......



Lirik Lagu Melly Goeslaw feat. Andhika Pratama – Butterfly


Ketika waktu mendatangkan cinta

Aku putuskan memilih dirimu

Setitik rasa itu menetes

Dan semakin parah


Bisa ku rasa getar jantungmu

Mencintaiku apa lagi aku

Jadikanlah diriku

Pilihan terakhir hatimu


reff:

Butterfly terbanglah tinggi

Setinggi anganku untuk meraihmu

Memeluk batinmu yang sempat kacau

Karna merindu



Butterfly fly away so high

As high as hopes I pray

To come and reach for you

Rescuing your soul

that previous messed up false me and you


Jalan ini jauh

Namun kita tempuh

Bagai bumi ini

Hanya milik berdua


Biar ku berlebihan

Mendekatimu

Namun ku tunggu

repeat reff


Sunday, June 17, 2012

Desperate Housewifes

Ni favourite drama aku gak ni.  Aku akan cuba follow tapi time tayangan dia time aku selalu kritikal tertido-tido depan TV tp layan aje le yg semampu hehehe....selalu aku try follow hari selasa kat tv8, and also hari rabu to jumaat kat 711, ada ke waktu yg aku tertinggal, tu aje waktu yg aku sedar ada DH le ... tp camne pun aku rasa aku quite up-to-date gak le ngan drama ni.  Now dah season finale dah.  Hari tu boring2 takde keje kat ofis termasuk le sekarang, aku gi le youtube google "DH Season 8 Finale", ada le tengok sikit-sikit video pendek2 so lebey kurang tahu le gak camne cerita ni jadi nanti.

Aku suka tengok cerita ni sebab macam Shopaholics le kadang kelakar bila tengok ada aje idea jahat/nakal diorang ni bila nak sesuatu.  And kata-kata setiap kali nak habis episod tu cam best le.  And lagi setiap orang tu ada karakter diorang masing-masing.
And bila follow kita follow camne satu watak/family tu berkembang/menua.

Actually at the moment, tu satu-satu aje drama English yg aku follow.
Ramai kata aku ratu drama Melayu...hehehe...tp sbnrnya aku memang suka tengok drama...hehehhe...
Bermula dari darjah 5, petang2 aku dah start follow drama Cina hehehe...ingat lagi masa tu Police Cadet, masa tu suka tengok Tony Leung tu...
Pastu masa sekolah menengah dah masuk asrama pun dok layan lagi cerita cina petang2....ingat lagi antara yang popular di kalangan budak sekolah aku masa tu drama Breaking Point (gila kat Leon Lai Meng masa tu) & The Drifters.

Then bila aku buat degree kat Jepang, aku layan drama Jepang lak.  Tiap2 malam mesti ada aje drama aku layan...kadang2 more than 1.  Pastu aku suka lagu based on drama le macam sekarang gak le.

Pastu bila dah balik Malaysia, now drama Melayu le....English ntah le DH aje le, tp aku rasa kalo aku try tengok yg lain actually akan ada yang sangkut tp malas hahahahaha......tp now dah malas dah nak layan drama Cina ke Korea ke Japan ke.

Kalo nak layan video DH Season 8 Finale last scene yg aku terjumpak kat youtube, click kat link bawah ni.  Hehehehe...


http://youtu.be/f3nhLlLK8Jc

Monday, June 11, 2012

Seindah Sakura

Aku rasa untuk musim ni drama yang paling aku suka drama ni lah.

Tp hero dia tu hensem memang le hensem tp character dia tu nyampah sikit.
Kalo orang input aje apa2 negative pasal Kira kat dia, dia percaya aje, takde nak selidik2 dulu,
so gerem le gerem.

Anyway Wan Sharmila nampak muda le....sesuai lagi jadi budak2 sekolah menengah.
Fasha Sandha ok lar jd budak sekolah, takde le tak sesuai sangat macam Awie & Erra jadi budak sekolah dalam Sembilu dulu.
Hehehhee...........

Kalau aku jd Kira ni aku ok aje dengan Pakcik tu, aku terima dengan baik, layan elok-elok, satu dah le Pakcik tu banyak jasa kat dia, pastu baik lak tu, kaya lak tu, pastu muka pun kira OK le....tp maybe sebab aku 30an kot so leh le terima umur macam Pakcik tu, Kira dalam ni baru 18-19 gitu, so dia rasa ketuaannya kot, so xleh terima le...hehehe...

OST drama ni pun OK best gak; Buat Ku Di Sana (Mafa feat Ronnie) dengan Harapan (Hyper Act):





sama aje video kat atas ni cuma lagu lain2 hehehe...





Wednesday, April 18, 2012

Cinta Buat Emelda

Sebulan gak le tak update blog, kannya apa, malas hahahaha....

Ok last season/round nye drama dah habih where my favourite dramas were Ariana Mikhail, Aishiteru, BFF, Pelangi Kasih.

So season sekarang malas nak beria layan drama, coz kang bila start layan tersuka, tapi dalam xnak layan pun minat lak 2 drama ni;
Jangan Ambil Padang Kami &
Cinta Buat Emelda.

Cinta Buat Emelda ni mula2 malas nak tengok sebab timing dia pun selalu tak sempat, then pelakon pun nampak cam xmenarik tp hari tu kebetulan ada kat rumah layan macam eh cam best lak drama ni....pastu hari tu free kat rumah, gi khatam balik episod2 sebelum yang tak tengok via tonton...memang best le rasa...lagu dia pun best...so dah chop as my favourite drama le now.  Cuma malas le nak rushing balik rumah, so still layan kat tonton jugak.

Rasa teringin nak beli novel dia baca.





Monday, February 20, 2012

SESUNGGUHNYA.......

Sesungguhnya ku minat sangat drama ni.....(tajuk drama tau "Sesungguhnya" tu)
So far tengok banyak kali pun tak boring lagi.
And bila layan sorang2 tu terutamanya, boleh mengalir air mata tu bila tang part kat kolam tu.
Memang menjadi le lakonan beto.
And lakonan Amani pun best.
And gandingan diorang pun menjadi.
Few times dah diorang berganding dalam drama and menjadi le....

Drama ni simple aje tp touching...sbb pelakon2 dia kot berlakon terrer.
And dialog dia pun ada yang best2 like apa yek:

Anuar(Beto)->Lela(Amani):
Kalau awak jadi milik saya, saya takkan benarkan sesiapa sayang awak macamana saya sayang awak.

Lela->Imran (Zul):
U need me but you dont love me....
Pernah tak awak rasa kalau awak tak jumpa orang tu, awak rasa dekat sini....
And ada few dialogs le aku suka....

Lagu2 dalam drama ni pun best2.

Dan sesungguhnya....ku minat gak Beto Kusyairi.....hahahahaha.....

Pelangi Kasih

Pelangi Kasih ni pun one of my fav drama now.  Jalan cerita yang lain dari yang lain.

My fav actor, Beto Kusyairi ada dalam drama ni.
Sangat suka tengok dia berlakon...memang menjadi aje...bagile watak baik ke jahat ke....
Utk drama ni, dia jadi jahat le, so far takde le jahat sampai nak bunuh2 orang ke apa, tapi selfish le.
Dia nye selfish and heartless tu kadang ngeri aje tengok.

Contoh part wife dia Azlin & Nenek Azlin duk sembang masa breakfast, ngumpat dia and dia dengar.
Supaya Nenek Azlin tak racun Azlin lebih banyak, cepat2 dia join dengan selambanya.  Pastu Azlin tanya nak mee goreng ke, dia kata nak, tp nak Nenek yang cedokkan...punya selamba.

Tp cerita ni nampak macam sampai diorang tua coz ada gambar diorang2 ni make up tua.  Emm actually tak minat sangat drama sampai ke tua ni...tp tengokle nanti cerita ni buat best tak, exceptional tak.

Ni sikit preview drama Pelangi Kasih:


Suka gak lagu tema Pelangi Kasih ni; Bukankah Aku - Awi Rafael


Liriknya yang agak menyentuh kalbu, part chorus best melodi & liriknya:
Hancur hatiku hatiku ini
Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa aku kan cuba
Meskiku tak lagi percaya

Namun ku masih tetap mencuba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetap ku menanti

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu

Sunday, February 19, 2012

Ariana Mikhail



Ini favourite drama aku sekarang.  Aku rasa jalan cerita dia sangat menarik. 
Actually pokok jalan cerita dia macam cerita dari one of my favourite novel, Sehangat Asmara which is kawin sekejap kat oversea, then sorang terpaksa balik Malaysia, then tinggal sorang lagi camtu aje kat oversea, and then rupa2nya ada anak tp bapaknya tak tahu...aa part tu sama.
Tp di tukar2 sana sini, ditokok tambah lah.  Tak tahu lah yg buat cerita ni dapat the main idea from the novel or not, anyway novel Sehangat Asmara tu sendiri akan dibuat drama tak lama lagi.

Ok, berbalik pada drama ni, mula2 aku macam ingat xbest sangat drama ni, sebab pelakon dia pun Nora Danish, Sein & Riezman....tp layan tu layan gak since masa ni memang ada kat rumah, so tengok aje le TV.  Tp bila dok layan makin best lak drama ni....menarik.  And adik aku yg mula2 xlayan pun dah suka.  Kawan pun ada yang suka.

And aku rasa Nora Danish pun makin OK le lakonan dia, mungkin sbb baru now dia dapat naskhah yang boleh buktikan kebolehan dia berlakon betul2 kot.

Lagu theme drama ni (Sedang Apa Dan Di Mana - Sammy Simorangkir:

Monday, December 26, 2011

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Kalau nak bermimpi, biar mimpi sampai ke bintang, kalau tak dapat capai pun, dapat capai langit pun jadi le.....

Baru layan telemovie ni jap tadi lepas nampak few good feedbacks from kawan and adik.

Very sweet, nice, romantic teenager love story.
Betul le kata kawan...tengok cerita ni terasa remaja le sekejap (masa tengok le, lepas tengok rasa kertu le balik).
Kalo leh pusing balik ke zaman teenager pun best gak, coz tak nak buat big mistake yg i dah buat in life....fuh impaknya sampai skrg...takto le bila nak setel, selagi virus (oh now dah viruses) tu masih ada, selagi itu lah.

Nway balik ke mood "biar mimpi sampai ke bintang" tadi, ada le few scenes yg "tak larraaattt" nye rasa bila tengok.  Apa itu "tak larraaattt" ?  Well, if you tengok kamus dewan ke mungkin ada but that is not what I mean, siapa tahu maksudnya tahu le ye...hehehe...
Antara scene paling "tak larraaattt" bila hero tu start pegang tangan heroin tu, masa tu diorang tengah jalan2 kat sopping complex.......huhuhu....

Hero dia pun cute, macam muka Shah Jaszle.

Suka gak tengok lakonan kawan baik heroin dalam cerita ni.  So bimbo tapi baik hati.
Sorry to say...sorry to say...hehehe antara favourite word dia....





ni kalo nak tengok full version:
http://tv.ohumedia.com/2011/12/blog-post_23.html




Tuesday, July 5, 2011

Anissa

Emm drama ni dalam slot samarinda, tuesday to thursday 10.30pm.
Nak kata best sangat tu idokle tp kalo ada kat rumah time tu (selalunya memang ada le..hehehe) tengok aje le.
Pasal 4 orang best fren bukak bisnes textile.
4 orang tu; RCW, Fiza Elite, Faradhiya & Aida Aris.
Pelakon lakinya Zamarul & Eizlan...hehehe kertu2 skit le heronya.

Ada sorang tu (Sara aka Aida Aris)sakit cancer tp as of last nite, macam recovering le after operation.
Sorang lagi (Faradhiya aka Shila) lak pecah amanah.
Dalam cerita tu tunjuk Anna aka Fiza Elite(ala2 bos diorang le) actually rapat ngan Balkis aka RCW. Anna ni suspect laki dia Farid aka Zamarul macam ada affair or kawin lain, dok le ngadu kat Balkis ni, tp sbnrnya Balkis le madu dia.
So as of last nite Anna still takto lagi wpun kawan2 yg lain dah tahu dah.

Paling nyampah tengok Farid dalam cerita ni, memang idea menipu tu hujung jari dia aje, lancar aje keluar idea nak menipu.
Ada tu Anna suruh dia hantar Balkis balik, Anna dok keje lagi, dia pun lepak le rumah Balkis tu sampai Anna call2 xdapat. Then cepat2 dia balik opis Anna buat2 tertidur dalam kereta, sabar aje le.

Macam-macam le idea dia, memang nyampah le tengok, licik betul.

Tuesday, June 21, 2011

Nur Kasih The Movie - lepas nonton

Alamak, frust la, pada aku biasa2 aje movie ni, best lagi Kabir Bhatia nye film Sepi & Cinta.
Well idakle xbest sangat sampai rasa rugi beli tiket.
Tapi...rasa xworth it yg selama ni aku dok le look forward movie ni.
Ke aku yang high expectation?

Aku tau ada orang yg suka, tp aku tergolong dalam yang biasa2 aje tu...pendapat aku actually sama macam pendapat wartawan Syazwan Zulkifli dalam berita harian kalau tak silap.

Pada aku banyak sangat yang nak diceritakan dalam film tu, kalo dia kurangkan cerita, tp satu2 cerita tu dia olah lebih lagi, contoh kesedihan aidil isteri meninggal ke, lagi touching, cerita ni pada aku kurang touching? Ke aku heartless? Tak aku rasa, cerita ni kurang touching...hehehe....Ada gak le part tertouch skit, skit aje tp the whole film tak touching sbnrnya.

hehehehe.....

seley seley seley.....

next time drama best jgn buat filem le...hehehe....

Monday, June 20, 2011

Nora Elena - Kasih Yang Suci

Emm lama pulak aku tak update blog aku ni, hehehehe......
Bz keroje....kalo ada masa lapang...bz chat le, fb le, tengok blog2 orang le, aa ni last2 baru aku update blog aku...hehehe...

Sebenarnya banyak tak terupdate ni, drama Nora Elena le, filem Nur Kasih le, xpele, pelan2 kayuh.

Untuk hari ni aku nak cakap le pasal drama Nora Elena ni.

Since drama ni start kul 7pm and selalunya aku belum sampai lagi kat rumah masa ni, aku xde le tengok drama ni mula2. Then adik aku cakap best gak drama ni.
So ada satu weekend tu aku tak keluar + takde apa nak buat kat rumah. Aku pun layan le online drama tu dari episod 1 sampai 4, masa tu dah main sampai episod 4 kot, terus rasa macam aah lah best drama ni. Sejak itu mula le hidup ku xsenang sbb nak catch up drama ni. Hehhehee....Macam2 le strategi/plan aku nak balik on time to catch up this drama. Leh aje tengok online tp kureng syok aaa. TP ada gak le waktu aku turpaksa tengok online.

Anyway this drama adapt from novel Kasih Yang Suci (author: Meen Zulaikha), dek penangan drama ni, aku telah order novel ni online and berjaya habiskan sambil2 Nora Elena on air, kira masa aku habiskan tu ada lagi 1-2 episode Nora Elena le.

Ni kalau nak baca novel tu online, tp banyak page takde, of course le kan, kalo tak kang semua orang baca online, nway beli novelnya baca lagi best le dari baca online, penat aa baca online, beli novel, leh baring2 baca.

Kalau tengok start2 Nora Elena dia ada cakap adaptasi longgar dari novel tu, aku rasa maksud longgar tu sebab banyak gak le dia ubah2 actually, tak ikut 100% macam drama. Tak macam drama Kau Laksana Bulan, memang I can say hampir hampir sama ngan novel.

Tp camne pun wpun tak ikut bulat2, drama Nora Elena ni tetap best. Novel dia pun best sebenarnya, kalau tak, xkan le aku leh habiskan cepat2 kan...hehehe...

Okle layan le trailer drama ni:

Soundtrack Nora Elena 1 - Berubah



Soundtrack Nora Elena 2 - Dan Bila Esok

Wednesday, January 19, 2011

La Ikro Ha Fiddin

La Ikro Ha Fiddin atau maksudnya 'Tiada Paksaan di dalam Islam'.
Cerita ini touching la.....hujung-hujung cerita ni bergenang le gak aku.
Dengan lagu 'Tuhan Beri Aku Cinta' yang jiwang (and rasa macam ada kene mengena ngan aku lak...hehehe...) tu membuatkan drama ni bertambah touching.

Plot dia berseni gak,
ngan Dr Edward pegang kamera semua tangkap gambar semua tu...seni aa bagi aku.

Dengan percintaan the way of islam ni memang nampak bersih, suci, jujur dan ikhlas sebenarnya kan?

Keseluruhannya best lah drama ni. Syabas utk semua yang terlibat terutama pelakon2 nya and pengarahnya.
Emm..Sh Amani dalam drama ni and dalam drama Tiramisu buat aku macam jadi agak suka jugak lah kat dia ni.

Ni aku paste lirik lagu


Tuhan Berikan Aku Cinta - Ayushita


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Thursday, November 11, 2010

Mat Bunga

Aku terserempak dengan drama ni semalam at TV2 at 9.30 pm, tengok2 aje tengah scene Remy Ishak and Ayu Raudhah, Remy Ishak lak hensem masa tu (walaupun dia memang hensem pun bila2 masa...hehehe...)
pastu fikir eh best ni drama ni.
tengok info, laa 8.30pm tadi dah start,
ada le sejam lagi, takpele sejam pun sejam le.

tp best lah,
kisah mamat ni remy le,
hensem,
tp takde awek.
dia ni leh ngam ngan perempuan tau sbnrnya sebab dia jiwang, so dia sensitif, jadi dia sensitif le ngan perasaan perempuan.
and dia minat apa yg perempuan selalu minat (err yang pompuan macam aku selalu minat kot heheeheh)...novel, hindustan, so boleh ngam le.
cuma dia ni jiwang, so mungkin le setengah perempuan tak suka laki jiwang (aku pun tak tengok first half, so tak tau le nape ayu raudhah dump dia).

nway best aa cerita ni, terhibur, and boleh le hilangkan sekejap rasa stress aku semalam.

Friday, October 22, 2010

Asmara

Drama ni biasa2 aje le tp layan aa.
Tp ada gak part yang touching
masa part Asmara chat ngan Melati.
Melati tu kira pandai aa berlakon,
nampak sedihnya.
Antara dialog yang touching, lebey kurang camni aa.....
"Dah lama kita tak lepak sama.........kenapa ek?"
Tp Asmara tu takto nak cakap cool ke tak pandai berlakon, rasanya combination of the two, macam kurang berperasaan sikit, padahal dia memang suka Melati tu dulu.

Anyway lagu2 dalam ni sedap aa...

Jom layan............

Andai Itu Takdir Mu - Syah Basree



Berganti Hati - Anggun



Cahaya Hati - Opick

Wednesday, September 22, 2010

Sabar

Pada pendapat aku ni le drama paling best or menghiburkan dalam banyak2 drama raya tahun ni.
Syabas Erma Fatima.
And pandai la Remy jadi bangla, jadik aa.
Syabas Remy!!

Sunday, September 5, 2010

Geng Surau




Mula2 aku macam tak berminat nak tengok cerita ni,
tak berminat without trying coz ingat cerita merepek apa kan.
Pastu lepas adik aku kata cerita ni best,
aku cuba le tengok,
aah memang best....kelakar.

Sapa le yang punye jalan cerita,
memang full of idea.
And congrates jugak le kepada penerbitnya Ziela Jalil,
rasanya puasa next year mesti ada lagi Geng Surau ni?

And then pelakon2 dia pun yg kurang popular so rasa macam fresh aje bila tengok cerita ni.
Anyway hero dia cute le Beto Kusyairi,
actually start suka jugak tengok dia ni dalam Rosli Dhoby.

Anita Baharom pun lawa dalam cerita ni pakai tudung. Uddy pun comey gak cerita ni.

Monday, August 23, 2010

Kau Laksana Bulan - 23August2010

Emm best2....cam besa aa senyum2 aku tengok dialog2 part2 romantik.
Hehehe........
Tu le naik minat lak kat Zul bila tengok cerita ni wpun ada scene tu rasa macam takde expression aje dia, macam scene Ana kena kejar ngan Eizlan tu, cool aje dia bila Ana call mengadu tp adik aku kata kira dia cool le tu.
Emm........

Quote of the Day (August 24, 2010)

i tahu i dah takde dalam hati u, tapi u masih ada dalam hati i - katrina, nur kasih